Saturday, July 18, 2009

Saturday,18 july 09

bgun pagi2..then terase nk bce paper.bkk http://www.bh.com. found this.sgt teruja!

Chong Wei dapat tonik hadapi Kejohanan Dunia
LEE Chong Wei pernah rasa gelisah sebelum ini kerana bimbang tidak punya cukup masa buat mempersiapkan diri sebaik mungkin demi merealitikan sasaran menggapai gelaran pada Kejohanan Badminton Dunia nanti. Tetapi kini, segalanya berubah. Pemain nombor satu dunia itu percaya tempoh sebulan berbaki untuk ke Hyderabad, India mampu melonjakkannya ke tahap terbaik 'seperti sebelum Sukan Olimpik lalu.' "Persiapan untuk Sukan Olimpik lalu adalah yang terbaik pernah saya perolehi. Ketika itu, ada tempoh satu bulan latihan khusus untuknya. Tiada sebarang kejohanan sepanjang tempoh itu.
"Keadaannya juga sama ketika ini. Saya gembira kerana mampu tumpukan perhatian sepenuhnya kepada latihan dengan jurulatih untuk menyiapkan diri sebelum Kejohanan Dunia," katanya. Gelisah sebelum itu mudah difahami kerana Chong Wei tidak menikmati sentuhan gurunya, Misbun Sidek, selama dua bulan ekoran komitmen jurulatih itu terhadap rawatan isterinya di Guangzhou. Misbun sendiri tidak membuang masa untuk memperkemaskan lagi persembahan Chong Wei - hakikat diakui sendiri pemain itu yang tabah mengharungi segala sesi getir dijelmakan jurulatih itu.
"Ketika ini, banyak penekanan kepada latihan untuk meningkatkan lagi tahap ketahanan fizikal saya. Ia memang sukar, tetapi saya percaya ianya adalah untuk kebaikan saya," kata Chong Wei.

Keazaman itu lahir daripada keinginan kuatnya untuk menjadi pemain pertama membawa pulang gelaran daripada kejohanan yang belum pernah didominasi mana-mana generasi negara.

No comments:

Post a Comment